Wednesday, May 11, 2011

Jangan Bertasbihkan Cinta

Jangan Bertasbihkan Cinta


alt

Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.

"Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya," luah seorang isteri.

"Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal..." ujar saya.

"Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil," balasnya.
"Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta... kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. "
"Akibatnya ini?"
"Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi."

Begitulah antara dialog yang pernah berlaku antara saya dengan seorang isteri yang didera suaminya. Akibat cinta tanpa kenal dia menderita. Secara tabiinya, kita perlu kenal baru cinta tetapi kini sudah ramai yang cinta baru kenal. Akibatnya timbullah penyesalan yang tidak sudah-sudah. Akibat salah pilih, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya punca derita!

Tidak mengapa kalau kita berkenal dahulu terus berkahwin dan kemudian cinta. Seperti Siti Khadijah yang kenal kebaikan Rasulullah saw melalui orang kepercayaannya Maisarah dahulu, terus meminang Rasulullah saw, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Untuk kenal orang yang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang mengenal orang baik yang lain, seperti mana hanya jauhari mengenal manikam.

Tidak mengapa sekiranya perkahwinan tidak dimulakan oleh satu percintaan tetapi ia mesti didahului oleh satu perkenalan. Apa yang perlu kita kenal? Tidak lain tidak bukan, yang paling kita mesti kenal keseriusannya dalam beragama. Bila agama kukuh, ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang juga kukuh. Itulah modal untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga.

Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

Cinta itu bukan tujuan, cinta hanya jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan... ada berbagai jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan rumah tangga, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan paling utama untuk mencapai rumah tangga yang bahagia.

Menurut ajaran Islam, ada elemen-elemen yang lebih utama daripada cinta yang perlu dititik-beratkan sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan. Perkara-perkara utama ini semuanya dituntut oleh Allah untuk disempurnakan bagi memastikan cinta, kasih-sayang, tanggung jawab, peranan dan tugasan rumah tangga itu sentiasa terbina di atas tapak iman.

Diantara prinsip-prinsip itu ialah niat, matlamat, perlaksanaan, modus operandi dan natijah perkahwinan itu mestilah selaras dengan kehendak Allah. Oleh itu apabila rumah-tangga bergoncang, telitilah semula niat berkahwin dahulu. Apakah masih kerana Allah? Atau sudah tersasar tanpa sedar? Akibat hebatnya cabaran, masalah dan godaan yang telah melanda alam rumah tangga solat lima waktu telah terabai, pembaziran berleluasa, hiburan telah melampau dan pelbagai suruhan dan tegahan Allah sudah dipinggirkan?

Kalau demikian, jangan tunggu lama-lama, kembalilah ke pangkal jalan, katakana pada diri, "wahai diri, kau berkahwin kerana Allah..." Insya-Allah, "talian hayat" perkahwinan kita akan tersambung semula dengan Allah. Hukum-hakam Allah akan berdaulat semula. Insya-Allah, ketenangan akan menjelma semula.

Selama mana prinsip-prinsip itu dipatuhi, selagi itulah Allah menjamin cinta di antara pasangan suami isteri itu pasti tumbuh, subur dan berbunga sekalipun mereka tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dan bagi yang telah berkahwin pula (tidak kira berapa lama), syariat Allah ini jika dijadikan rujukan bersama antara suami isteri, insya-Allah rumah tangga akan kembali tenang walaupun pasti ada pergolakan. Hati-hati yang mengingati yang SATU akan mudah bersatu!

Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai berkahwin atas pilihan ibu bapa (yang mengenal bakal menantunya) dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Tradisi itu berjalan dengan baik dan teratur kerana pada waktu itu anak-anak sudah dididik dengan asas agama dan akhlak yang teguh serta patuh kepada ibu bapa. Pada waktu itu anak-anak yang baik akan mematuhi perintah ibu-bapa yang baik yang memilih orang yang baik untuk menjadi suami atau isteri anak mereka. Sementara ibu bapa pula memang sedia mewarisi sifat-sifat mulia daripada generasi sebelumnya yang juga mementingkan kepentingan agama dan akhlak.

Kita akan dibantu oleh niat yang tulus sebelum berkahwin dahulu. Jika tulus pasti lurus walaupun kekadang bengkak-bengkok juga di pertengahannya. Tetapi jika awal-awal sudah bengkok, rumah-tangga akan semakin tersasar dan sukar sekali mencari jalan kembali.

Oleh kerana itu, semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, "Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan."
Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya-Allah, nanti pasti ada cinta. Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru kenal...

Eh, ini pelik? Tidak. Ia praktikal dan realistik dulu, kini dan akan datang. Lihat sahaja gambaran kenal baru cinta dalam filem "Bila Cinta Bertasbih". Jika ia mampu digambarkan melalui filem, ia mampu juga mampu direalisasikan dalam kehidupan. Dalam filem itu jelas digambarkan bagaimana orang yang baik melamar orang yang baik untuk orang yang baik. Sungguh indah bila cinta bertasbih (memuji Allah). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi kini terbalik, masyarakat begitu hodoh jadinya apabila manusia bertasbihkan cinta – kehendak Allah tunduk kepada cinta!

Dalam masyarakat yang sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi, perkahwinan melalui 'orang perantaraan' (match maker) yang juga dipercayai kesolehannya akan mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang dibolehkan dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya seseorang dibolehkan melihat rupa calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang keperibadian dan lain-lain latar belakang calon. Namun fokusnya tetap "mengenal" agama bakal calon.

Itu semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan "maklumat" tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang melampaui batas. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat.

Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakatnya. Thrill dan suasana suspens sudah semestinya ada yang mana ini menambahkan lagi keindahan pertemuan pertama.

Dan bagi yang sudah lama berumah tangga tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Justeru dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan suasana kemanisannya.

Antaranya, isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman, pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri, adab serta seni-seni dalam hubungan seks dan lain-lain perkara yang banyak ditulis dalam hadis dan kitab-kitab para ulama muktabar.

Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan 'lesen' seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya seperti bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.

Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.

Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudah hukum Allah dilanggar. Kerana kekasih, Allah tersisih. Inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela dipertaruhkan untuk mendapatkan cinta.

Malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu. Yang mana keindahannya sementara dan menipu. Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat dibawa menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan akhirnya berpisah. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor patah di tengah jalan. Tidak sempat bermahtangga cinta telah berkecai.

Dan bagi yang sempat berumah tangga ramai pasangan yang bercerai-berai walaupun mereka telah melalui saat-saat indah di alam percintaan. Tetapi yang paling ramai ialah mereka yang hanya mampu mempertahankan perkahwinan tetapi gagal mengekalkan keindahan cinta di dalamnya. Mereka yang kecewa ini kerap mengungkapkan, perkahwinan adalah pusara percintaan!

Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!

Wednesday, April 13, 2011

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM 2011

Setelah menanti sepanjang hari akhirnya pada lebih kurang pukul 10.30 malam 12 April 2011 barulah semakan panggilan temuduga KPLSPM ambilan Jun 2011 telah dibuka. Mereka yang ada membuat permohonan kursus perguruan lepasan SPM ini bolehlah membuat semakan samada mereka terpilih untuk menghadiri temuduga.

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM

Temuduga

  • Proses temuduga dijadualkan akan berlangsung dari 18 April sehingga 29 April 2011
  • Lokasi temuduga adalah seperti yang tertera di keputusan semakan temuduga.

Baca Sepenuhnya Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011

Keputusan Permohonan UPU IPTA, PILN, KPLSPM, Matrikulasi, Politeknik, Tingkatan 6 2011

Ijazah IPTASenarai tarikh semakan temuduga, tarikh keputusan permohonan dan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Matrikulasi, UPU, USM, KPLSPM, Politeknik, PILN JPA/MARA dan Tingkatan 6 untuk tahun 2011. Diharap senarai tarikh semakan keputusan permohonan ini dapat membantu para pemohon.

UPU – Lepasan SPM


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga
(untuk kursus yang ada temuduga sahaja)
11 April 2011
12 April 2011
13 April 2011
UTM
UPNM
UiTM dan UPSI
Temuduga 14 – 18 April 2011
Keputusan Permohonan Mei 2011 upu.mohe.gov.my
Penerimaan Tawaran Mei 2011 IPTA
Pendaftaran Pelajar Baru 1 Jun 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Bukan Pendidikan


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga 22- 24 April 2011 UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM
Temuduga 25 April – 5 Mei 2011
Keputusan Permohonan Jun 2011 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 3 & 4 September 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Pendidikan


Tarikh Rujukan
Semakan Ujian MEdSI 22 April 2011 mpm.edu.my
Ujian MEdSI 30 April 2011
Semakan Temuduga 13 Mei 2011 upu.mohe.gov.my
Temuduga 18 – 25 Mei 2011
Keputusan Permohonan Jun 2011
Pendaftaran Pelajar Baru 3 & 4 September 2011

Baca Sepenuhnya Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011

Permohonan Tajaan MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2011

Calon yang berilmu tinggi, berkeyakinan, inovatif dan kreatif serta mempunyai semangat juang yang kental berpersonaliti unggul adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah di institut pengajian tinggi terkemuka di luar negara.

Peringkat Pengajian

Logo MARAProgram pasca siswazah yang dimaksudkan adalah bagi peringkat;

  • Ijazah Sarjana
  • Doktor Falsafah
  • Profesional

Bidang Pengajian

Kursus atau bidang pengajian yang ditaja adalah;

Permohonan Biasiswa Persekutuan 2011

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan.

Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kelayakan Biasiswa Persekutuan

Logo Kementerian Pelajaran

Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
  • Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
  • Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
  • Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Baca Sepenuhnya Permohonan Biasiswa Persekutuan 2011

Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa JPA PILN 2011

Lepasan SPM 2010 yang ada memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai hari ini.

Semakan Temuduga JPA PILNLogo JPA

  • Semakan boleh dibuat mulai 8 sehingga 16 April 2011
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa memohon dahulu.
  • Sila ke laman web JPA di portal Semakan Panggilan Temuduga PILN JPA untuk membuat semakan.

Tarikh Temuduga

Temuduga PILN JPA ini dijangka akan dijalankan di beberapa pusat mulai 12 sehingga 15 April 2011.

Peringatan

Mereka yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC, SMA, SMU

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Khas 2011 Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama Logo Kementerian Pelajaran(SMU) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka mulai 4 April 2011 yang lalu.

Para lepasan SPM lulusan UEC, SMA dan SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon memasuki Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan untuk mengikuti program yang tawarkan.

Program Pengajian Perguruan

Program pengajian yang ditawarkan adalah dua yang berikut:.

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Baca Sepenuhnya Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC, SMA, SMU

Permohonan Program Diploma PPUM 2011

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti program pengajian peringkat Diploma di PPUM.

Logo Pusat Perubatan Universiti MalayaProgram pengajian yang dijalankan secara sepenuh masa ini akan mengambil masa 3 tahun dan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia sendiri. Oleh itu mereka yang berjaya menamatkan program pengajian diploma ini dikehendaki berkhidmat dengan PPUM selama 5 tahun.

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan adalah

  • Diploma Kejururawatan ( Diploma in Nursing)
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Diploma in Medical Laboratory Technology)
  • Diploma Radiografi (Diploma of Radiography)

Baca Sepenuhnya Permohonan Program Diploma PPUM 2011


Nuffnang Ads

Sunday, April 10, 2011

ALLAH's WAY is the Best

ALLAH's WAY is the Best

One day i asked ALLAH for a bunch of beautiful flowers,
Instead, He gave me stem with thorns..

Later, I asked HIM to give me Butterflies.
Instead HE gave me Worms..
I was disappointed and i wept..

But few days later, i noticed that the stem bloomed with beautiful flowers and the worms soon became butterflies..

ALLAH wants us to wait for the right time..
HE knows what is best for us..
So just thanks HIM in all situations..

Saturday, April 9, 2011

Pantun Ummi... ^___^

Pantun Ummi... ^___^

Masjid Kucing nama diberi ,

Ikut laluan ke arah Marwah ,

Anak2 Ummi yg dikasihi ,

Hargai diri jagalah maruah .

Gua Thur letaknya di Madinah ,

Tempat Nabi dan Abu Bakar bersembunyi,

Anak2 Ummi amalkan yg indah ,

Janganlah suka menyanyi-nyanyi .

Masjidil Haram tersergam indah ,

Di situlah terletaknya Baitullah ,

Agama Islam agama yg mudah ,

Mengajar umatnya hidup bermaruah .

Anak2 Ummi yang Ummi sayangi ,

Bersama kalian Ummi gembira ,

Kadang Ummi berasa sunyi ,

Tanpa kalian bersama- sama .

Anak2 Ummi yg Ummi kasihi ,

Jangan lupa pada Ummi ,

Biar apapun yg terjadi ,

Walau hidup atau mati .

Burung Merpati terbang berlapan ,

sama menuju ke puncak jaya,

Sering terjadi dalam penghidupan ,

Masa Penentu gagal dan jaya .

Wangsa Maju masyur sekali ,

Tamannya indah bukan sebarang ,

Masa berlalu tidak akan kembali ,

Masa yang ada dilepas jangan .

Juadah diangkat dibawa pergi,

Terkilan hati belum merasa ,

Sudah tercatat takdir Illahi ,

Hidup dan mati dikandung masa .

Anak2 Ummi jauh dan dekat ,

Ummi sayang pada kalian ,

Hidup biar dapat berkat ,

Semoga bahagia di hari kemudian ....

Bukan senang hendak kahwin ,

Orang kahwin aku kahwin ,

Bkn blh main2 soal kahwin ,

Banyak yg seronok ingt kahwin ,

Bila dah cerai rasa serik nak kahwin ,

Tapi dimulut tak putus2 bicara soal kahwin.....

Anak2 Ummi bijak bestari.....

Hati-hati memilih isteri .....

Anak2 Dara Ummi ...

Hati-hati memilih suami....

Ibu..Ada yg panggil Mama dan Ummi ,

Panggilan manja dan berirama ,

Anak2 Ummi ..hati2 memilih suami ,

Pilih yg bertanggungjawab dan beragama .

Anak2 Ummi suka berkawan ,

Berkawan dgn kawan yg taat ,

Ilmu dicari sebagai bekalan ,

Untuk bahagia dunia akhirat .

Anak2 Ummi baik dan sopan ,

Diri dijaga agar dihormati ,

Kuatkan azam tingkatkan iman ,

Supaya hidup sentiasa diberkati .

Anak2 Ummi pintar dan cerdas,

Bijak berbicara pandai berseloka ,

Jangan suka tindas menindas ,

Larangan agama Allah murka .

Harimau mengaum ,

Ayam berkokok ,

Rakyat Malaysia berbilang kaum ,

Tinggal yg makruh jangan merokok .

Fatimah Azzahrah Puteri bongsu Rasulullah ,

Bersama Isteri pertama Baginda Khadijah ,

Lakarlah hidup ini biar semuanya indah ,

Indah akhlak , indah budi biar semuanya indah ....

Anak2 Ummi yang baik budi ,

Budi bahasa penghias diri ,

Hati- hati menabur budi ,

Takut kelak memakan diri .

Solat itu tiang agama ,

Agama Islam agama kita ,

Marilah kita bangun bersama ,

Membela agama yang tercinta .

Anak2 Ummi cantik dan pintar ,

Nafsu dikawal akhlak dijaga ,

Usahlah takut usah gementar ,

Tegakkan yg hak di mana berada .

Mahu tidur wuduk dulu ...

Takut mimpi dikejar hantu ...

Malu itu pakaian iman ,

Tiada malu siapalah kita ,

Mari anak marilah teman ,

Jauhi permusuhan elak sengketa .

Jumaat Penghulu segala hari ,

Hari mulia penuh barokah ,

Akhlak terpuji penghias diri,

Jauhkan dari sifat mazmumah .

Cinta itu mudah disebut,

Tapi sukar untuk difahami ,

Jangan otak jadi berserabut ,

Kerana cinta yg telah bersemi .

Cinta itu datang dan pergi,

Datangnya membawa erti ,

Perginya membawa sepi ,

Lebih baik aku menyendiri .

Salam diberi salam disambut ,

Indahnya Islam pada penganutnya ,

Anak2 Ummi jangan buat serabut ,

Pilih yg terbaik dan baik budinya ,

Calon suami yg disebut-sebut ,

Biar bahagia untuk selamanya .

Indahnya hidup dengan agama ,

Hanya Islam agama yg benar ,

Marilah kita bersama-sama,

Sebarkan Islam dengan sabar .

Mari kita saling mengingati ,

Semoga hidup menjadi berkat,

Hidup itu lawannya mati ,

Dunia tidak kekal abadinya akhirat .

Teguran diberi penuh hikmah ,

Semoga semua dapat faedah ,

Jauhi dari sifat mazmumah ,

Amalkan pula sifat mahmudah .

Pohon kelapa tiada beranting ,

Batangnya besar dijadikan titi ,

Hidup bagaikan aur dan tebing ,

Saling nasihat menasihati.

KeLuarga Ummi keluarga ceria ,

Ahli2nya sentiasa setia ,

Hidup biar seindah suria,

Cemerlang di dunia di akhirat bahagia .

Lukmul Hakim hamba yg bijak ,

Tukang masak terkenal di istana ,

Tegak bangsa kerana akhlak ,

Binasa akhlak bangsa pun hina .

Masyitah terkorban kerana iman,

Angkara murka Raja Firaun ,

Wajah rupawan apa gunanya ,

Jika tidak bersopan santun .

Siti Khadijah bangsawan ternama ,

Ummul Mukminin wanita terbilang ,

Bersopan santun sifat utama,

Alangkah manis mata memandang .

Umar Abdul Aziz Khalifah budiman ,

Adil mentadbir negara sentosa ,

Sifat malu pakaian iman ,

Hilang malu badan binasa .

Manis sungguh gadis Melayu ,

Berbaju kurung bertudung labuh ,

Alangkah risau , berhati sayu ,

Sukarnya bangun bersolat subuh .

Senyum si gadis bila disapa ,

Indah sungguh tidak terkata ,

Sayangi Ibu sayangi Bapa ,

Tanpa mereka siapalah kita .

Hujan lebat membasahi bumi ,

Rasanya dingin hingga ke tulang ,

Wahai anak anak Ummi ,

Luka lama harus dilupai , jgn dikenang .

Zikir itu penenang hati ,

Seruan azan panggilan solat ,

Marilah kita saling mengingati ,

Semoga hidup menjadi berkat .

Bicara kosong adalah sia-sia ,

Terkadang menimbulkan murka ,

Sepanas-panas api di dunia ,

Panas sungguh api Neraka .

Indah sungguh bulan purnama ,

Cahaya bintang bekerdip- kerdipan ,

Berdakwah itu tanggung jawab bersama ,

Sama2lah kita sebaris di hadapan .

Membaca al-Qur'an amalan bersama ,

Kelak hidup semakin cemerlang ,

Solat itu tiangnya agama ,

Mencegah yg mungkar lagi terlarang .

Bacaan Al-Qur'an penawar hati ,

Zikrullah jadi amalan ,

Cukupkah amal ke sana nanti ,

Iman dan taqwa jadi bekalan .

Anak2 Ummi baik budi ,

Senyum riang di pagi hari ,

Ayuh kita ke group Ummi ,

kita berpantun hiburkan hati .

Buah pauh delima batu ,

Gugurnya ia ternanti- nanti ,

Sungguh pun jauh beribu batu ,

jauh di mata dekat di hati .

Puasa itu satu kewajipan ,

Dilakukan di bulan Ramadan ,

Anak2 Ummi bijak bersopan ,

Didoakan kejayaan bersama kalian .

Indah sungguh ukhuwah ini ,

Ukhuwah lahir dari hati ,

Anak2 Ummi yg Ummi kasihi ,

Ingat Akhirat Ingat Mati .

Pantun ini hanya utk renungan bkn utk dicontohi......

Nasi lemak buah bidara ,

Sayang selasih hamba lurutkan ,

Buang emak buang saudara ,

Kerana kasih hamba turutkan .

Ikut dan contohi yg ini....

Pohon rotan pohon delima ,

Dari rotan dibuat raga ,

Ibu adalah tempat pertama ,

kasihnya ia membawa ke Syurga .

Sumaiyyah wanita yg tabah ,

Bilal pula Tukang Azan pertama ,

Islam adalah Agama yg Indah ,

Umatnya hidup bersatu dan sejahtera .

Budak2 bermain rakit ,

Rakit dibuat dari buluh ,

Jangan risau ilmu yg sedikit ,

Belajarlah bersungguh-sungguh .

Teguran diberi penuh hikmah ,

Biar semua dapat faedah ,

Jauhilah kita sifat mazmumah ,

Amalkan pula sifat mahmudah .

Rupa cantik jadi idaman ,

Akhlak baik penghias diri ,

Ayu sungguh si gadis rupawan ,

ke mana pergi sikapmu dipuji .

Ujian melanda menggamit rasa ,

Rasa tercuit sedih dan hiba ,

Setiap ujian terkandung hikmahnya ,

Sabar dan tabah hadapi segalanya .

Indah sungguh kalimah syahadah ,

Rukun Islam yang suci dan megah ,

Jam sudah sebelas setengah ,

Maaf ya ..Ummi mahu ke sekolah .

Mulakan pagi dengan senyuman ,

Senyuman manis penuh erti ,

Hiasilah diri dgn akhlak dan iman ,

Kelak kita tidak dicaci malah dihormati .

Khalid Al-Walid panglima ternama ,

Terkenal dgn keberaniaannya ,

Jauhilah kita semua yg LAGHA ,

Kerna semua itu merugikan kita .

Bacaan Al-Qur'an jadi amalan ,

Bahasanya indah tiada tandingan ,

Islam , Iman dan Ihsan ,

Perkara utama dipisah jangan .

Rumah melayu rumah antik ,

Dibuat dari kayu dan papan ,

Apalah erti berwajah cantik ,

Aurat dibiar menjadi tatapan .

Rukun Islam lima perkara ,

Lafaz Syahadah rukun pertama ,

Sifat mahmudah amalan semua ,

Supaya hidup sentiasa sejahtera .

Tumbuh Angsana di tepian Kali ,

Tempat berteduh Si Gadis Sunti ,

Apalah guna ilmu yg tinggi ,

Andai hidup tiada berbakti .

Kembang Seroja mekar mewangi ,

Dipetik mari si Gadis pintar ,

Apalah guna cantiknya diri ,

Akhlak diketepi , budi dilontar .

Anak Haruan berlari - lari ,

Lalu dikejar Si ikan Keli ,

Ilmu dicurah seikhlas hati ,

Untuk renungan sahabat sejati .

Pagi2 bermadah dan berpantun ,

Ditambah pula dengan seloka ,

wahai anak2 Ummi yg bersopan santun ,

Lakarkan keindahan dlm hidupmu , Biar hidup penuh makna .

Problem free life never makes a strong person!

Problem free life never makes a strong person!



Straight roads never make GOOD DRIVERS.
Smooth sea never makes GOOD SAILORS.
Clear sky never makes GOOD PILOTS.

Problem free life never makes a strong person!
Be strong enough to accept the challenges of life.
Don't ask LIFE "Why me"
Instead say "TRY me".

Have a winning attitude..

Friday, April 8, 2011

Motivational Reminder.

*There has never been any darkness that hasn't given way to light.
*You'll never get anywhere unless you know where you want to go
*Remind yourself everyday:
.The love of ALLAH enfolds me.
.The power of ALLAH protects me.
.The presence of ALLAH watches over me.
Wherever i am, ALLAH knows.
*The time to begin is NOW. It is never too late.

Wednesday, April 6, 2011

When I Asked God for Strength
He Gave Me Difficult Situations to Face

When I Asked God for Brain & Brown
He Gave Me Puzzles in Life to Solve

When I Asked God for Happiness
He Showed Me Some Unhappy People

When I Asked God for Wealth
He Showed Me How to Work Hard

When I Asked God for Favors
He Showed Me Opportunities to Work Hard

When I Asked God for Peace
He Showed Me How to Help Others

God Gave Me Nothing I Wanted
He Gave Me Everything I Needed.....

Thanks ALLAH For Everything......♥